(SODE)

(SODE) School of Discipleship & Evangelism

SODE ditubuhkan dengan tujuan mempelajari lebih dalam firman Tuhan berlandaskan alkitab 100%.  Setiap subjek/ matapelajaran/ modul yang dipimpin Roh Kudus pasti akan memperlengkapkan para pelajar yang juga melayani sebagai penginjil.

kelas akan diadakan sebulan sekali, dari pagi sehingga petang. Terbuka buat para pastor/ penginjil/ pelayan gereja dan sesiapa sahaja yang berminat tidak kira had umur. Selain itu, ianya juga terbuka untuk para pelajar international dari Indonesia/ Singapore dan Brunei (yang berminat dan memahami bahasa Malaysia)

Setiap pelajar yang tamat 12 modul akan diberikan sijil khas penginjilan dan juga akan disediakan latihan praktikal.

Buat masa ini kelas SODE hanya dibuka di Kuching, Sarawak Malaysia. kelas dijalankan di Open Universiti Malaysia bawah kendalian "Christian Healing Fellowship Borneo" dan gereja BEM Glory Kuching.



TAHNIAH buat semua pelayan, pelajar, pastor, penatua dan para penginjil yang terus menyertai kelas SODE. Tuhan Yesus memberkati Pelayanan Kalian.