About Us

Pelayanan dari Klinik Penyembuhan, Fellowship dan Gereja  

Quincy Ministri= permulaan pelayanan menyahut panggilan Tuhan Yesus 


Dipanggil bermula dari tahun 2014, Ps. Quincy bersama isteri (Eld. Angela) meninggalkan dunia perniagaan dan Melayani Yesus sepenuh masa. Pada awal pelayanan, fokus utama adalah untuk barada lebih waktu bersama Tuhan Yesus dan dalam pimpinan Roh Kudus dipanggil berpuasa, doa dan bertumbuh dalam firman (pembacaan alkitab menyeluruh serta meditasi firman Tuhan) selama 120 hari. 

Sekarang ini Pastor Quincy Ministri yang dibantu isteri juga adalah

  • Presiden Christian Healing Borneo Malaysia
  • Pengetua School of Discipleship & Evangelism international
  • Gembala sidang Bem Glory Kuching
  • Penulis 4 buah buku rohani ( Kepenuhan hidup dalam Kristus/ mengapa Hati meratap Tangis? / Manusia Rohani / Stress dan alam roh)

Bermulanya Klinik Penyembuhan Kristian. 
( Christian Healing Clinic)

Selepas 120 hari berpuasa. Barulah terbuka untuk melayani. ( sebelum ini, sewaktu tempoh berpuasa langsung tidak ambil tahu berita semasa, TV, Radio, newspaper malah handphone juga sering ditutup sehinggakan saudara terdekat pun tidak dapat hubungi). Beberapa hari selepas itu, khabar ibu mertua Ps Quincy tidak sihat, dia dikatakan susah berjalan, mata kabur, tiada selera makan dan begitu lemah. Lalu dilawati dan selepas didoakan sembuh total, matanya sudah terang, bertenaga dan bersemangat sekali. Saudara mara yang hadir melihat mukjizat dan dari sanalah ramai yang ingin minta didoakan. Dengan itu, mulalah buat temujanji bersama siapa sahaja yang ingin didoakan serta kaunseling untuk penyembuhan dari sakit penyakit, masalah perhubungan keluarga @ suami isteri dan ramai dibebaskan dari kerasukan roh jahat.  Dari sinilah mulanya Christian Healing Clinic. (dari rumah)




Penubuhan Christian Healing Fellowship Borneo

Ada beberapa yang  sembuh tetapi kembali sakit dan minta didoakan lagi. Masalah seperti ini dibawa dalam doa dan atas pimpinan Roh Kudus, maka fellowship harus dimulai. Ini kerana kesembuhan datang dari penerimaan firman Tuhan. Dengan ini, tiada lagi penyembuhan pada hari biasa kecuali emergency sahaja kerana sesiapa yang memerlukan hanya disuruh datang pada hari ahad petang, berkumpul dan belajar firman Tuhan dan selepas itu barulah doa penyembuhan. Ternyata Fellowship ini menerima sambutan yang baik atas kebaikan Tuhan yang menyertai. Mereka yang datang bukan lagi yang sakit sahaja tetapi yang datang untuk belajar Firman Tuhan dengan lebih mendalam.







sertai/ join Facebook Group => Christian Healing Fellowship Borneo



Penubuhan Gereja 
BEM ( Borneo Evangelical Mission) GLORY KUCHING. 

Pada mulanya ditubuhkan sebuah gereja yang berdiri sendiri yang diberi nama "Glorify Jesus Christ Fellowship Church" tetapi peluang yang lebih baik apabila pihak BEM Malaysia menawarkan peluang agar gereja ini bernaung di bawah mereka, lalu dimulakanlah dengan nama Gereja yang baru iaitu BEM GLORY KUCHING pada hujung tahun 2016 sampai ke hari ini. Ps. Quincy adalah gembala sidang bagi gereja dan secara rasmi Christian Healing Fellowship Borneo bernaung di bawahnya. 







SODE (School of Discipleship & Evangelism International)

SODE ditubuhkan dengan tujuan mempelajari lebih dalam firman Tuhan berlandaskan alkitab 100%.  Setiap subjek/ matapelajaran/ modul yang dipimpin Roh Kudus pasti akan memperlengkapkan para pelajar yang juga melayani sebagai penginjil.

kelas akan diadakan sebulan sekali, dari pagi sehingga petang. Terbuka buat para pastor/ penginjil/ pelayan gereja dan sesiapa sahaja yang berminat tidak kira had umur. Selain itu, ianya juga terbuka untuk para pelajar international dari Indonesia/ Singapore dan Brunei (yang berminat dan memahami bahasa Malaysia)

Setiap pelajar yang tamat 12 modul akan diberikan sijil khas penginjilan dan juga akan disediakan latihan praktikal.



Buat masa ini kelas SODE hanya dibuka di Kuching, Sarawak Malaysia. kelas dijalankan di Open Universiti Malaysia bawah kendalian "Christian Healing Fellowship Borneo" dan gereja BEM Glory Kuching.






PENGANJURAN = DRIVEN BY HOLY SPIRIT CAMP DAN JUGA CHRIST CENTERED LEDERSHIP CAMP







SEMINAR ALKITAB