Monday 2 March 2020

Shalom.. GOOD NEWS FOR MIRI, Sarawak


Christian Healing Borneo Malaysia akan berada di MIRI SARAWAK pada 27 & 28 March 2020 (acara 2malam/ mula jam7.00 malam), bertempat di DYNASTY HOTEL MIRI.  Acara ini terbuka untuk semua, tidak kira dari gereja manapun. 

Misi Utama kita adalah untuk membawa Firman Tuhan yang benar dan berkuasa menyembuh & memulihkan seperti yang tertulis:

 1 Korintus 4: 20 Sebab Kerajaan Allah bukan terdiri dari perkataan, tetapi dari kuasa. 

Kesembuhan dalam nama Tuhan Yesus

Saya amat menggalakkan anda semua hadir dan mendengar firman Tuhan yang disampaikan dengan penuh pimpinan Kuasa Roh Kudus. Isteri saya yang dulunya sakit tenat, sudah sembuh total sekarang. Hasil dari pelayanan ini, anak saya juga sudah melayani di gereja (En Bat Muyau)




"In all our Bible study, it is of the greatest consequence to find out what the mind of Christ is, to think as Jesus thought and to feel as Jesus Felt. Terima Kasih Pastor Quincy Ministri" 
( En. Sheriff William)




Ibrani 4:12 Sebab firman Allah hidup dan kuat dan lebih tajam dari pada pedang bermata dua manapun; ia menusuk amat dalam sampai memisahkan jiwa dan roh, sendi-sendi dan sumsum; ia sanggup membedakan pertimbangan dan pikiran hati kita.

Dengan mendengarkan firman yang disampaikan, anda boleh datang untuk didoakan pada sesi doa kesembuhan dan perlepasan dari gangguan roh. anda digalakkan membawa sesiapa sahaja yang anda kenal yang memerlukan penyembuhan. 


Masuk adalah PERCUMA. Jika anda rasa bersyukur dan  ingin memberi " thanksgiving envelope" disediakan waktu ibadah. (Semua pemberian anda sangat berharga untuk membantu menjelajah ke tempat lain - Seluruh Malaysia)


Kesaksian baru baru ini ketika di Kuching.

Puji Tuhan atas wujudnya "Christian Healing Borneo" ini. Kami sekeluarga sangat diberkati lewat daripada "healing yang dialami"Saya sgt diberkati kerana telah mengalami penyembuhan total..Fibroid dalam rahim sudah hilang dan pendarahan sudah berhenti. Puji Tuhan!!!.anak saya Hazel Laey pun turut sembuh dengan total dimana penyakit "Bell Palsy" (muka senget) yg dialami turut kembali normal. Saya sebagai ibu sangat diberkati lewat penyembuhan ini. saya tak sabar nak bersaksi pasal kesembuhan yg telah kami dua alami ini. Terima kasih banyak2 atas wujudnya "Christian Healing Borneo ini"Tuhan member kati anda semua Segala Pujian dan Kemuliaan hanya bagi Yesus. Amin. Dari Puan Semy (melalui whatsapp)


Anda boleh booking tempat duduk anda dan berapa tempat duduk yang anda perlukan ( untuk keluarga dan rakan rakan) melalui whatsapp/ call/ sms 
016- 8912444 atau 013- 3521604
Tempahlah SEKARANG

Nenek 83 tahun, sembuh dari telinga pekak. Haleluyah
Kaki dan lutut sakit sehingga susah bergerak, sembuh selepas didoakan.

Bebas dari gangguan roh. Puji Tuhan Yesus!


Sakit dada dan jantung pulih setelah didoakan

Sakit pinggang sembuh dalam nama Yesus.

Dada sakit sudah boleh bernafas dengan lancar

tidak perlu tongkat lagi.

Bebas dari gangguan roh

Anda boleh booking tempat duduk anda dan berapa tempat duduk yang anda perlukan ( untuk keluarga dan rakan rakan) melalui whatsapp/ call/ sms 
016- 8912444 atau 013- 3521604
Tempahlah SEKARANG

Jangan Lepaskan peluang ini. Ini mungkin adalah lawatan pertama dan terakhir Christian Healing Borneo Malaysia di  dalam tempat anda tahun 2020.

Kenali Pengkhotbah
Ps Quincy Ministri dan isteri ( Eld Angela) juga memikul tanggungjawab sebagai:

(Presiden Christian Healing Borneo Malaysia / Pengetua School of Discipleship & Evangelism International )

Ps Quincy Ministri juga telah menulis 4 buah buku Rohani berlandaskan Alkitab dalam pimpinan Roh Kudus. Buku- buku ini ditulis hasil dari mendengar suara Roh Kudus berbicara secara peribadi. judul judul buku tersebut:
  1. Kepenuhan Hidup dalam Kristus
  2. Mengapa Hati Meratap Tangis?
  3. Manusia Rohani
  4. Stress dan alam roh
Kaunter jualan buku akan dibuka waktu pendaftaran)

Christian Healing Borneo telah menjelajah ke Seluruh Negara dan  menjelajah bandar bandar seperti, Kuching/ Serian/ Bau/ Sarikei/ Sibu/ Bintulu/ Miri/ Kota Kinabalu/ Kuala Lumpur dan Shah Alam Selangor. Semuanya untuk Kemulian Tuhan Yesus Kristus. 

Anda boleh booking tempat duduk anda dan berapa tempat duduk yang anda perlukan ( untuk keluarga dan rakan rakan) melalui whatsapp/ call/ sms 
016- 8912444 atau 013- 3521604
Tempahlah SEKARANG

Sunday 14 July 2019

Sakit telinga sembuh tanpa bedah

Doktor sahkan tidak perlu pembedahan lagi !!


 penyembuhan telinga- tidak perlu bedah lagi!!



Shalom saudara/saudari yang dikasihi dlm kasih Kristus.. Sy mempunyai masalah pendengaran kerna gegendang telinga saya dimasuki air.  Doktor menasihatkan supaya saya menjalani pembedahan agar air tersebut dapat dikeluarkan. Namun saya teragak- agak untuk menjalani pembedahan tersebut. Pada malam Sabtu lepas, kami sekeluarga telah hadir ke acara Christian Healing Borneo Malaysia di Miri. Ketika saya didoakan oleh Pastor Quincy, telinga saya terasa seperti ada aliran yang sejuk dan hari ini, saya telah menjalani pemeriksaan telinga dan doktor mengatakan tiada lagi air di dalam telinga saya. Segala Pujian Syukur kepada Tuhan Yesus atas kesembuhan yang saya alami 🙏🏻🙏🏻

Testimoni kesembuhan dari sakit kaki

Kesembuhan sakit kaki,
Add caption
Sya yg selama ini menderita sakit dibahagian pangkal paha dan sakit belakang sebelah kiri..
Shalom.Tuhan Yesus dipermuliakan lewat kesembuhan yg sya alami pada mlm sabtu di Place2Stay Business Hotel @ Emart Riam : oleh CHRISTIAN HEALING BORNEO MALAYSIA TEAM

Dan sakit tersebut turun hingga ke kaki..

Apabila sya tukar posisi ke kanan, dgn perlahan sekali/slow motion sya tukar posisi

Akibat dari itu, sya tidak selesa tidur miring ke sebelah kiri kerana urut @ bahagian badan tersebut bertindih dan sakit yg amat sgt

Setelah di doakan ternyata kaki kiri pendek dari kaki kanan...

Masa didoakan, ada aliran hangat turun hingga ke kaki, dan rasa hangat ini sya rasakan hingga ke pukul 12.30am...

Puji Tuhan, sya dpt
1) duduk lipat kaki di atas kerusi yg mana dulu sya x dpt buat...wow!!! haleluyah....

2) terus dpt berdiri dari tmpt duduk tanpa menahan rasa sakit, Puji Tuhan...

3) dpt tidur dgn selesa tanpa rasa sakit lagi.. AMEN

Thursday 27 December 2018

CHRISTIAN HEALING BORNEO AKAN BERADA DI KOTA KINABALU SABAH PADA 2-3/3/2019 

==========================================

Selamat Datang ke blog Melayani Yesus. Tuhan Yesus memberkati.

MelayaniYesus.blogspot.my adalah di bawah kendalian Christian Healing Fellowship Borneo dengan sokongan gereja BEM Glory Kuching. Ianya bertujuan untuk menyampaikan info terkini tentang pelayanan memberitakan Firman Tuhan yang benar & Penyembuhan (Healing Tour) ke seluruh kepulauan Borneo, Malaysia dan Asia Tenggara. Program penyembuhan ini terbuka buat semua umat Kristian di Malaysia (tidak kira dari gereja mana ataupun dari denominasi gereja= Hanya untuk Yesus)


Dan kita semua mencerminkan kemuliaan Tuhan dengan muka yang tidak berselubung. Dan karena kemuliaan itu datangnya dari Tuhan yang adalah Roh, maka kita diubah menjadi serupa dengan gambar-Nya, dalam kemuliaan yang semakin besar.  2 Korintus 3:18 


Pelayanan ini adalah amanat dari Tuhan Yesus buat kita semua menurut firmanNya.

Lalu Ia berkata kepada mereka: "Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk. Siapa yang percaya dan dibaptis akan diselamatkan, tetapi siapa yang tidak percaya akan dihukum. Tanda-tanda ini akan menyertai orang-orang yang percaya: mereka akan mengusir setan-setan demi nama-Ku, mereka akan berbicara dalam bahasa-bahasa yang baru bagi mereka, mereka akan memegang ular, dan sekalipun mereka minum racun maut, mereka tidak akan mendapat celaka; mereka akan meletakkan tangannya atas orang sakit, dan orang itu akan sembuh." Markus 16: 15-18

Penyembuhan menyeluruh

Penyembuhan menyeluruh bermaksud bukan setakat sembuh dari sakit penyakit, tetapi juga sembuh dengan kekuatan rohani, perhubungan suami isteri/ keluarga, kewangan, kebahagiaan serta kerjaya. Pemulihan Total….

Tetapi kamu harus beribadah kepada TUHAN, Allahmu; maka Ia akan memberkati roti makananmu dan air minumanmu dan Aku akan menjauhkan penyakit dari tengah-tengahmu. Keluaran 23:25
Untuk melihat lebih banyak testimoni penyembuhan KLIK DI SINI

Bayaran?

Tiada Bayaran dikenakan, PERCUMA @ FREE.
Sungguhpun begitu, bagi yang ingin memberi, akan ada sampul offering seperti di gereja, dan anda berpeluang untuk memberi untuk persembahan/ kesyukuran/ persepuluhan. Segala pemberian ini sedikit sebanyak sangat membantu pihak kami menanggung kos tempat tinggal, dewan untuk ibadah, transport/ pengangkutan, makan minum para penginjil, kos perjalanan dari kota ke kota lain dan sebagainya. 

Berilah yang terbaik dengan sukacita yang penuh damai tanda bersyukur dalam nama Tuhan Yesus. Tuhan sentiasa memerhati hati & kesungguhanmu. 

Pergilah dan beritakanlah: Kerajaan Sorga sudah dekatSembuhkanlah orang sakit; bangkitkanlah orang mati; tahirkanlah orang kusta; usirlah setan-setan. Kamu telah memperolehnya dengan cuma-cuma, karena itu berikanlah pula dengan cuma-cuma. Matius 10:7-8

Hubungi kami.  Whatsapp/ sms/ call

Untuk bertanya tentang lawatan ke tempat kamu atau event yang terdekat atau booking tempat duduk percuma untuk sendiri dan juga orang lain, sila contact Whatsapp/ SMS= 016-8912444/ 013- 3521604 (kadang kadang call tidak diangkat sekiranya waktu doa persendirian. Digalakkan whatsapp/ sms.)

Jemput Kami.

Jemputlah kami ke tempat anda/ gereja/ kem rohani/ kelompok sel/ kursus @ acara rohani melalui=
Whatsapp/ SMS= 016-8912444/ 013- 3521604 email: bemglory@gmail.com

Kami boleh bekerjasama dengan pasukan pelayanan anda dalam mengatur acara seperti:

1. Seminar Alkitab
2.Ibadah KKR Penyembuhan
3. Driven by Holy Spirit Camp
4. SODE= School of Discipleship & Evangelism (buat masa ini hanya dibuka untuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei)